Tuesday, 19 February 2013

AroWana Hubby

Salam..
Ikan Arowana yang kami panggil 
Omeh tu dlm bahasa kampar emas 
kami panggil Omey bila adam dan tasnim 
asik sebut Omey @ tomei je..
lama2 serasi ngan Omey..

Omey semakin besar dan gemuk
sedang mencari background akuarium yang sesuai


Makanan Omey ulat dan cengkerik
sehari hanya sekali je hubby bagi makan


Selalu singgah sini beli makanan Omey

Xian Liong Aquatic
sebelum ni sebelah Wetworld Shah Alam
 Skg dah berpindah
belakang Carrefour Seksyen 23 Shah Alam


Boleh tahan besarnya kedai Akuarium kat sini
pelbagai jenis ikan ada
Disebabkan hubby suka ikan
setiap minggu datang sini
bawak adam dan tasnim
 tenang je tengok ikan2 ni
tisya pun kemain suka bawak sini


Hadapan pintu masuk ada Arowana yang besar
sapa tak tergoda tengok ikan cantik dan mahal ni
 rasa nak bawak balik je hehe


Tak mampu yang besar
beli yang kecik je
suka pulak tengok purple parrot ni
sangat cantik beli 3 ekor wat teman Omey


mula2 tu seakan takut ngan Omey
asik kat bawah je skg dah berani 
main kat atas ngan Omey..
si lampam berkepit saja
si bandaraya tetap setia  menjalankan tugasnya 


KeTe BaRu AbaH


Cuti CNY kami balik kampung Sungai Besar
cuti 4 hari berbahagilah kami dua hari rumah
 saya dua hari rumah mentua
hubby pun kejap2 hilang
larik pun tak jauh gi mah mentua
yang dekatnya 10 minit je
tapi tak aci tau turn tido mah saya mesti hubby cengkelat
mujurlah tasnim ngn adam ikut hubby
tisya je ngan mama hehe senang sket kerja mama

Balik kalini tak ramai adik beradik yang balik
selalu riuh rendah rumah mak
ngan sore anak2 buah yang ramai tu
hanya Adik Za, Kak Su dan saya je yang balik
memasing ada urusan yang perlu diselesaikan
kakak yang sulung pulak sibuk ngan persiapan
majlis perkawinan anak buah awal bulan tiga ni
maka kumpul ramai2 kat Teluk Intan je nanti..

Tahun ni dapat banyak limau
separuh bawak balik kampung
dalam kete kenyang makan limau je hehe

Nila kete baru abah
takdelah baru sangat kete second je
berwajah baru bila dah repair dan cat
kumpul wit adik beradik belikan tuk abah
yang penting abah hepy senang nak gi mana2
Alhamdulillah diusia 74 tahun ni
masih sihat lagi boleh memandu
sendiri ke rumah anak2


kete abah yang lama
banyak jasanya
dulu2 gi sekolah naik kete ni
bangganya ngalahkan naik bmw


sempat lai suh mak posing
sebelum gi kenduri


time ni mak ngan abah 
tengah siap2 nak gi kenduri kat Perak 
dan bermalam disana
selalu mak yang sedih tengok kami balik
kalini kami pulak yang sedih tengok mak nak pergi huhu


Semoga dipanjangkan usia mak dan abah


doa sebelum memulakan perjalanan
bekalkan mak limau dalam perjalanan
*ni yang tak faham dah rotate
 bila upload terbalik juga lantak situ


semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik


Malam tu turn mah MIL pulak
Petang ahad tu sempat jalan2 ngan Dikza
ronda2 Pekan Sungai Besar

Keesokannya berlaku satu lagi tragedi selepas terbelah dahi di bucu katil Adam sekali lagi mencipta rekod aksi paling lasak memanjat rak pinggan sehingga jatuh terhempap badannya..sikit lagi nak kena kepala Adam pinggan2 tu dan mujurlah Adam tak kena apa2..habislah sume pinggan kaca atuk pecah gara2 Adam yang lasak ni..pic ni bila dah kemas sikit baru teringat nak snap kalau tengok masa rak tu jatuh dengan pinggan yang penuh berselerak cam tak sangka Adam yang kecik ni boleh jatuhkan rak pinggan tu..Aduhai Adam2..Anak lelaki memang lasakkann...

Friday, 15 February 2013

DaTing Ngan MemBer SeKoLah


Salam Jumat..
Harini sangat bes kuar dating ngan Nurul member dari Sekolah Rendah sampaila Menengah.
Walaupun lama tak jumpa koling2 je sekali jumpa sonok sembang sampai tak sedar jam hampir 2.45 petang..tula yang bes keje goment hari jumaat waktu rehat sangat panjang..bolehla dating lama2..tu pun tak cukup lagi..hehe..takpe lenkali kita dating bawak family pulak..:)

#tak sempat snap pic bedua
jadilah tatapan tuk korang
makan key yep c je kat Plaza Alam Sentral




SaMsuNg GaLaXy Note II


Semestinya pink pilihan hati..:))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...