Tuesday 19 February 2013

KeTe BaRu AbaH


Cuti CNY kami balik kampung Sungai Besar
cuti 4 hari berbahagilah kami dua hari rumah
 saya dua hari rumah mentua
hubby pun kejap2 hilang
larik pun tak jauh gi mah mentua
yang dekatnya 10 minit je
tapi tak aci tau turn tido mah saya mesti hubby cengkelat
mujurlah tasnim ngn adam ikut hubby
tisya je ngan mama hehe senang sket kerja mama

Balik kalini tak ramai adik beradik yang balik
selalu riuh rendah rumah mak
ngan sore anak2 buah yang ramai tu
hanya Adik Za, Kak Su dan saya je yang balik
memasing ada urusan yang perlu diselesaikan
kakak yang sulung pulak sibuk ngan persiapan
majlis perkawinan anak buah awal bulan tiga ni
maka kumpul ramai2 kat Teluk Intan je nanti..

Tahun ni dapat banyak limau
separuh bawak balik kampung
dalam kete kenyang makan limau je hehe

Nila kete baru abah
takdelah baru sangat kete second je
berwajah baru bila dah repair dan cat
kumpul wit adik beradik belikan tuk abah
yang penting abah hepy senang nak gi mana2
Alhamdulillah diusia 74 tahun ni
masih sihat lagi boleh memandu
sendiri ke rumah anak2


kete abah yang lama
banyak jasanya
dulu2 gi sekolah naik kete ni
bangganya ngalahkan naik bmw


sempat lai suh mak posing
sebelum gi kenduri


time ni mak ngan abah 
tengah siap2 nak gi kenduri kat Perak 
dan bermalam disana
selalu mak yang sedih tengok kami balik
kalini kami pulak yang sedih tengok mak nak pergi huhu


Semoga dipanjangkan usia mak dan abah


doa sebelum memulakan perjalanan
bekalkan mak limau dalam perjalanan
*ni yang tak faham dah rotate
 bila upload terbalik juga lantak situ


semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik


Malam tu turn mah MIL pulak
Petang ahad tu sempat jalan2 ngan Dikza
ronda2 Pekan Sungai Besar

Keesokannya berlaku satu lagi tragedi selepas terbelah dahi di bucu katil Adam sekali lagi mencipta rekod aksi paling lasak memanjat rak pinggan sehingga jatuh terhempap badannya..sikit lagi nak kena kepala Adam pinggan2 tu dan mujurlah Adam tak kena apa2..habislah sume pinggan kaca atuk pecah gara2 Adam yang lasak ni..pic ni bila dah kemas sikit baru teringat nak snap kalau tengok masa rak tu jatuh dengan pinggan yang penuh berselerak cam tak sangka Adam yang kecik ni boleh jatuhkan rak pinggan tu..Aduhai Adam2..Anak lelaki memang lasakkann...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...