Wednesday 27 February 2013

Pic WeDDing NieTa Dan AzWan






Ehsan dari FB fotographer
mood nak menghapdet kelaut
pic masa bertandang rumah perempuan
nanti saya update
nak bercuti panjang mulai esok sampai ahad
balik teluk intan nak menyambut belah lelaki pulak




Monday 25 February 2013

SeLaMaT SuDah


Alhamdulillah selamat sudah majlis pernikahan anak buah pada hari sabtu 23 Februari 2013 bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya..cerita dan gambar sepenuhnya bersambung entri lain ya..hehe..penat lagi arini sok nak cuti jaga tasnim demam campak gilir2 ngan hubby..sonoknya nak cuti..:))



Friday 22 February 2013

Red VeLveT & RainBow CaKe


Jalan2 kat Plaza Alam Sentral tengahari tadi
terjumpa kakak jual kek ni kat ground floor
depan pentas Alam Sentral..
macam2 kek kakak ni jual sumenya sedap2 belaka 
yang paling buat saya tergoda
Red Velvet dan Rainbow Cake 
satu slice RM7 tiga slize RM20
amik tiga slice 
harga tuk sebiji kek lupa nak tanya
yang ada tadi slice je tapi de no tel kat kek tu

dua slice tuk saya
satu slice kek choc tuk ina
rasa sangat sedap dan boleh tempah lagi nanti

gila tamak sume pun nak makan 
lain yang dicari lain yang dapat
#baru nak carik baju tuk majlis kawen anak sedara
 minggu depan tema kuning diraja
kalau pink laju dah hakak ngee..:)

nama dan no tel
sape yang teringin boleh kol no yang tertera

Selamat berhujung minggu
esok dan lusa sibuk dengan nikah dan majlis bertandang anak buah yang sulung..
nanti saya update minggu depan..:)

SaLaH Masuk Kursus


Hehe malu tul pagi tadi sekali salah
masuk kursus la pulak..
Dapat jemputan ke Majlis Menghafaz Al Quran dan Tilawah Peringkat Negeri Selangor kat Masjid Shah Alam tempatnya di perkarangan masjid masa datang tu takde orang langsung..kat dalam masjid pulak ramaila peserta tengah daftar wahh dengan confidennya kami pun daftar sekali..disuruh makan kami makan..

Sebelum masuk tu sempat la tanya pasal majlis ni urusetia pun bagitau yang majlis tilawah tu dah habis semalam penutup je malam ni ganti dengan ceramah tah kenapa kami pun main masuk je dewan seminar tu duduklah paling depan sekali kat belakang dah takde tempat..pasan gakla kat dewan tu sume warga pendidik..dah rasa macam salah kursus ni bila tengok slide pasal pendidikan alamak..dah tebal asa muka nak kuar elok pulak kamera tu duk depan kami bedua hala tang kami terasa cam cikgu2 pulak time tu..cita2 tak kesampaian..hehe bila kamera beralih tempat kami pun terus kuar tak toleh kiri kanan dah kahkah gelihati betul time tu..kuar dewan gelak je..pastu barulah nampak geng yang lain rupanya tercari2 macam kami..bertuahnya kami bedua dapat makan sepinggan bihun secawan teh tarik kaw..mintak halal lah ye tuan penganjur..bukan sengaja nak makan free..:))



Tuesday 19 February 2013

AroWana Hubby

Salam..
Ikan Arowana yang kami panggil 
Omeh tu dlm bahasa kampar emas 
kami panggil Omey bila adam dan tasnim 
asik sebut Omey @ tomei je..
lama2 serasi ngan Omey..

Omey semakin besar dan gemuk
sedang mencari background akuarium yang sesuai


Makanan Omey ulat dan cengkerik
sehari hanya sekali je hubby bagi makan


Selalu singgah sini beli makanan Omey

Xian Liong Aquatic
sebelum ni sebelah Wetworld Shah Alam
 Skg dah berpindah
belakang Carrefour Seksyen 23 Shah Alam


Boleh tahan besarnya kedai Akuarium kat sini
pelbagai jenis ikan ada
Disebabkan hubby suka ikan
setiap minggu datang sini
bawak adam dan tasnim
 tenang je tengok ikan2 ni
tisya pun kemain suka bawak sini


Hadapan pintu masuk ada Arowana yang besar
sapa tak tergoda tengok ikan cantik dan mahal ni
 rasa nak bawak balik je hehe


Tak mampu yang besar
beli yang kecik je
suka pulak tengok purple parrot ni
sangat cantik beli 3 ekor wat teman Omey


mula2 tu seakan takut ngan Omey
asik kat bawah je skg dah berani 
main kat atas ngan Omey..
si lampam berkepit saja
si bandaraya tetap setia  menjalankan tugasnya 


KeTe BaRu AbaH


Cuti CNY kami balik kampung Sungai Besar
cuti 4 hari berbahagilah kami dua hari rumah
 saya dua hari rumah mentua
hubby pun kejap2 hilang
larik pun tak jauh gi mah mentua
yang dekatnya 10 minit je
tapi tak aci tau turn tido mah saya mesti hubby cengkelat
mujurlah tasnim ngn adam ikut hubby
tisya je ngan mama hehe senang sket kerja mama

Balik kalini tak ramai adik beradik yang balik
selalu riuh rendah rumah mak
ngan sore anak2 buah yang ramai tu
hanya Adik Za, Kak Su dan saya je yang balik
memasing ada urusan yang perlu diselesaikan
kakak yang sulung pulak sibuk ngan persiapan
majlis perkawinan anak buah awal bulan tiga ni
maka kumpul ramai2 kat Teluk Intan je nanti..

Tahun ni dapat banyak limau
separuh bawak balik kampung
dalam kete kenyang makan limau je hehe

Nila kete baru abah
takdelah baru sangat kete second je
berwajah baru bila dah repair dan cat
kumpul wit adik beradik belikan tuk abah
yang penting abah hepy senang nak gi mana2
Alhamdulillah diusia 74 tahun ni
masih sihat lagi boleh memandu
sendiri ke rumah anak2


kete abah yang lama
banyak jasanya
dulu2 gi sekolah naik kete ni
bangganya ngalahkan naik bmw


sempat lai suh mak posing
sebelum gi kenduri


time ni mak ngan abah 
tengah siap2 nak gi kenduri kat Perak 
dan bermalam disana
selalu mak yang sedih tengok kami balik
kalini kami pulak yang sedih tengok mak nak pergi huhu


Semoga dipanjangkan usia mak dan abah


doa sebelum memulakan perjalanan
bekalkan mak limau dalam perjalanan
*ni yang tak faham dah rotate
 bila upload terbalik juga lantak situ


semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik


Malam tu turn mah MIL pulak
Petang ahad tu sempat jalan2 ngan Dikza
ronda2 Pekan Sungai Besar

Keesokannya berlaku satu lagi tragedi selepas terbelah dahi di bucu katil Adam sekali lagi mencipta rekod aksi paling lasak memanjat rak pinggan sehingga jatuh terhempap badannya..sikit lagi nak kena kepala Adam pinggan2 tu dan mujurlah Adam tak kena apa2..habislah sume pinggan kaca atuk pecah gara2 Adam yang lasak ni..pic ni bila dah kemas sikit baru teringat nak snap kalau tengok masa rak tu jatuh dengan pinggan yang penuh berselerak cam tak sangka Adam yang kecik ni boleh jatuhkan rak pinggan tu..Aduhai Adam2..Anak lelaki memang lasakkann...

Friday 15 February 2013

DaTing Ngan MemBer SeKoLah


Salam Jumat..
Harini sangat bes kuar dating ngan Nurul member dari Sekolah Rendah sampaila Menengah.
Walaupun lama tak jumpa koling2 je sekali jumpa sonok sembang sampai tak sedar jam hampir 2.45 petang..tula yang bes keje goment hari jumaat waktu rehat sangat panjang..bolehla dating lama2..tu pun tak cukup lagi..hehe..takpe lenkali kita dating bawak family pulak..:)

#tak sempat snap pic bedua
jadilah tatapan tuk korang
makan key yep c je kat Plaza Alam Sentral




SaMsuNg GaLaXy Note II


Semestinya pink pilihan hati..:))

Thursday 14 February 2013

BeRtaBahLah WaHai HaTi

Harini de apoiment kat KPJ Shah Alam
walaupun doc sampai 10.30 pagi 
9.30 dah sampai kat sana
minggu lepas gi klinik suh refer pakar
gatal2 kat muka dan bau kat hidung dah lama
sebelum ni gi klinik doc bagi ubat selsema dan antibiotik
je bila dah ok takdelah gi check lagi
bila gatal2 kat muka dah teruk sangat tak baik2
sapu pelbagai krim pun tak elok makan ubat pun masih gatal kahak lak asa bau yang amat sangat memang nekad nak tahu apa puncanya
maka terjawablah sudah harini..

 Mula2 jumpa doc check hidung mulut dan telinga
nampaklah segala isi dalam hidung telinga
nasib baik sempat korek pagi tadi
ok takde pe masalah

 Kemudian wat CT scan bahagian muka sahaja
debar ngalahkan nak bersalin gamaknya
padahal takde pepun baring dan rileks jekan..

Setelah 40 minit keputusan x ray ada ditangan
tapi sebab bukan doc tengok pun tak fahamkan 
maka tunggulah 15 minit lagi doc panggil masuk balik

Hati sangat berdebar tapi wat2 cool je
tambah2 doc pun agak hensem
dan sangat tenang bila menerangkan keputusan 
hasil CT scan
walaupun keputusan sangatlah tidak baik
tah kenapa seakan mendapat semangat dan
 kekuatan dalam diri
hanya senyum dan angguk tanda setuju.

Resdung saya sangat teruk dan penuh
 di bahagian kanan muka
sebabtulah ada bau yang kurang menyenangkan di hidung saya.


Ubat2 yang saya perlu makan
next apoiment kena wat Ct scan lagi
seandainya masih teruk juga
memang confirm kena operate sob sob..
Mohon kawan2 doakan yang terbaik untuk saya.
Di dalam hati Tuhan yang tahu..:)



Thursday 7 February 2013

Anak2 SuKa KFC


Anak2 suka KFC dari McD
kami pulak tak kisah mana2
yang penting tempat selesa
mudah nak handle
anak2 kecik super lasak ni

ultraman adam je dah penuh meja:)


Cheezy Wedges
wajib order
 feveret mama yummy

nuget ngan french fries tuk adam


nasi ayam tuk tasnim
si kecik molek yang belum tumbuh gigi ni telan liur je tengok kakak dan abang makan


bubur ayam tuk tisya

ProMosi Di CaR MaKe Up & AcceSSories CenTre

Assalamualaikum..

Promosi Sempena Tahun Baru Cina 
Car Make Up & Accessories Centre
No.30 Jalan PU 7/3, Pusat Bandar Puchong Utama
47100 Puchong, Selangor.
Pemilik: 100% Bumiputra (adik bongsunya kedai tolon promot)
 Tel : 03-80519674 (Off) / 019-6993899 (Ayong) / 019-3141152 (Anual)

Petunjuk: 

Dari Putrajaya  - Lebuhraya Damansara - Puchong - Selepas Plaza Tol Puchong Selatan 
(Bukit Puchong) - Selepas Plaza Perabot Avenue Concept -

Berhampiran Carrefour / Jabatan Pendaftaran Negara / TM Point -
Cawangan Bandar Puchong Utama

Mulai 18 Januari 2013 Hingga 17 Februari 2013





#Security Film (Tinted)

Security Film : RM699
Warranty - 5 Year & JPJ Summon
* Term & Condition Apply

#Cover Seat

Cover Seat : RM450 /RM569 (PU)
Warranty :1 Year
Term & Condition Apply








Boleh terjah lagi kat blog Adik Za ni ya macam2 ada..:))







Tuesday 5 February 2013

Dah TeMbaM


Nampak tak pipi dah tersembul
lengan dah besar haishhh
cepat je badan naik nak turun punyalah susah

#adahatinakpakaipeplum huh..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...