Thursday 29 December 2011

GaRdeN ImPian SuTeRa


Wah memang menjadi impian lah rumah cantik cenggini..
masih belum siap lagi rumah ni..tak silap baru siap sebuah
untuk showhouse tapi masih belum boleh masuk lagi..
betul2 kat belakang rumah yang saya duduk skg..
baru tiga hari pasang banner tu..duk lalu lalang
depan tu terbekenan pulak kat design rumah tu
lagi2 kaler pink tu..haishh..parahh ni...

Rege masih tak tau berapa..belum berkesempatan
lagi nak kol..rumah ni terletak di Seksyen 30 Kota
Kemuning Shah Alam dekat ngan Jalan Kebun..






 No tepon developer..

 ni pemandangan dari belakang rumah..
pic ni saya amik dua bulan lepas masa tu developer
baru mula kerja2 pembersihan..
skg ni dah clear dah kat belakang tu..
tinggal sebiji banglo terbiar tu je..
jadi tempat penginapan pekerja..
kadang2 masa tengah basuh pinggan nampak gakla
dorang mandi, sidai kain..pompuan pun ada..
uitss..bini2 dorang kut..sangka baik..:)

Thursday 22 December 2011

HaDiaH BeZdaY TaSniM 3 TaHuN


Hari ini 22 Disember 2011 hari Khamis bersamaan 26 Muharam 1433 genaplah usia Tasnim 3 tahun..
cepat je masa berlalu..dah besar anak mama..dah pandai mintak macam2..dah pandai merajuk dah pandai bergaya..bufday kalini mama n abah hadiahkan beskal je untuk Tasnim..Harapan mama semoga menjadi anak yang solehah dan berbakti pada kedua ibubapa..diberi kebahagiaan dunia dan akhirat..Amin..

Banyak pilihan..mama pun nak juga rasanya..hehe

Memula nak amik kaler pink ni..kan mama suke pink rege
119 belum tawar lagi..

Last2 pekerja tu kata de beskal baru sampai tgh pasang..
ermm bila tengok kaler pun cantik terus confirm amik
yg purple tu..yang ni besar sket dari pink tadi rege 225..
tawar dapat 180..k la kan.
lagipun yang ni nampak kukuh sket boleh pakai lama..

Gigihla kami menunggu..terlepas 1/2 jam Tentang Dhia semalam..


Reaksi dia mestila suka tersengih2 sampai ketelinga..
memula naik je rasa takut sket..

testing..testing..

Dah boleh bawak adik hehe..alala sian tul muka Adam..



Pusing2 kat situ je pun..tak de tempat nak paking
dah..jenuhla ngajar Tasnim memula nak kayuh macam
mana terjerit2 bila dia langgar dinding tak pandai nak
pusing lagi..lama2 dah pandai
penat pulak melayan ngeh ngeh..



Baru2 ni berjagala..sayang lagi nak main kat luar..
tengokla besok macam mana hehe..

FaReeDa "CraZy PriCe" V- RozaNNa 3 LaYer ZeBra


 Bermula esok 23hb-25 Dec 2011 (Jumaat) jom ramai2 serbu butik Fareeda di Bangi, Shah Alam dan The Mall sahaja...layari Facebook Fareeda lihat koleksi2 terbaru dari Fareeda..

Jom ramai2 LIKE pic Saya di link ini (Pencarian model tudung Fareeda)
 http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150499125809414&set=a.10150499124534414.428373.279846494413&type=3&theater
Hanya tinggal 10 hari sahaja lagi 31/12/2011..jom ramai2 LIKE...Tq..:)



















Posted by Picasa

TuMpaNg GeMbiRa


Sebelum balik petang semalam masa tengah blogwalking terjumpa la satu blog ni 1st time singgah dan masa baca n3 tu tetiba lak air mata ni mengalir ngan lajunya..taula hati ada taman ni cepat tersentuh bila ada cerita2 yang menusuk qalbu ni..air mata ni pun macam murah je nak kuar..kisahnya bila penantiannya selama 7 tahun akhirnya dimakbulkan bila dia disahkan peknan 2 bulan..huhu sedih tau saya baca..sebabnya saya dulu pun lambat juga nak menimang cahayamata..jadinya faham sangat macam mana perasaan yang ditanggung untuk berhadapan dengan orang sekeliling yang kadang2 banyak menimbulkan persoalan2 yang dah tak mampu untuk dijawab..memang stress tapi kesabaran, berusaha, berdoa dan bertawakal padaNya dapat menenangkan jiwa dan mendekatkan diri kita padaNya..InsyaAllah Tuhan pasti mendengar hambanya yang tak pernah jemu memohon dan meminta petunjuk dariNya..

Alhamdulillah kini, walaupun pernah melalui saat2 itu bila saya mengetahui saya peknan kali pertama bersyukur sangat dan air mata ni memang tak berhenti mengalir kegembiraan, berhenti di surau semayang syukur, ciuman dan pelukan dari hubby yang tak henti tanda kegembiraan rupanya hanya bertahan lima hari sahaja bila saya bleeding dan bleeding..akhirnya memang tiada rezeki untuk anak pertama saya lahir ke dunia ni melihat indahnya bumi ciptaan Tuhan..berita keguguran rasanya berita paling sedih dan pahit dari penantian dua tahun saya..besarnya kuasa Tuhan selang 4 bulan selepas itu saya pregnan lagi kali kedua anak pertama..dialah permata hati kami berdua..Nur Erysha Tasnim dan Muhammad Adam Thaqif yang kedua..dan bakal menyusul yang ketiga tahun depan insyAllah..Syukur padaNya.

Sesungguhnya saat yang paling indah bagi pasangan suami isteri bila mengetahui zuriat hasil kasih sayang terbentuk dalam rahim isterinya..Maha Suci Allah..

Wednesday 21 December 2011

SaMbaL TeLuR & BaWaL GoReNg

Dah seminggu demam, selsema, batuk tak baik2..memang tengah musim skg ni..anak2 pun jangkit selsema juga..sakit gigi sampai bengkak gusi tambah herot muka yang makin tembam ni..amik cuti Isnin tadi pegi klinik gigi..doktor tampal je geraham yang dah tinggal separuh (punca demam) tak boleh nak cabut tengah peknan..bagi ubat tahan sakit je ngan antibiotik..paksakan diri juga telan tak tahan sakit sangat mak nakk..
 
Balik petang semalam berselimut dah macam hantu bungkus kuar mata je ngadap tv nengok Tentang Dhia.. badan rasa sejuk..mandi pun sekejap je tak tahan sejuk sangat..nasibla en hubby sangat2 memahami masak menu yang simple tapi pujian harus kuberikan walaupun hanya sambal telur dan ikan goreng berjaya menyentuh perasaan tekak bininya yang tak pernah menolak apa jua makanan yang dihidang depan mata..

Nampak tak permainannya kat situ..mukadimah pasal demam tu punyala panjang nak mengukuhkan alasan tak masak je tu..haha..


Susunan pinggan, hiasan bawang goreng dan salad adalah
kreatibiti hubby dari tontonan masterchef..
tak rugi ajak laki tengok masterchef sama2 hehe..
Suka bawang goreng yang dimasak ala2 je dan ikan pun
sedap tak garing sgt sedang2 je..komen pun dah
macam juri masterchef kann..ngee..:)

Walaupun pada awalnya agak ragu2 bila hubby kata nak
masak sambal..agak terkejut juga bila tengok hasilnya..
rasanya of kos la sedap..
masin sket2 je boleh telan la lagi..
tak masuk ujian penyingkiran pun hehe..

Temikai pun ada..

Satu pakej..siap masak..dapur pun kemas siap sapu dan 
mop satu rumah..sukeeee sangat...sape tak sayang lakiii ooii..

Tuesday 20 December 2011

NaSi LeMak & BuRger


Menu yang selalu Saya tapau kalau dah penat sangat balik dari keje..sampai rumah pun dah dekat senja..mood nak masak tu jauh sekali..terbayang bantal dan tilam je time2 ni..nak2 badan pun tak berapa sihat semenjak berbadan dua ni..alahan paling teruk Saya rasa pregnan kalini..nasi lemak atau burger la jawabnya santapan untuk perut kami yang cumel2 belaka gamaknya..kadang tu tak cukup satu punya tamak haloba nya kami nak dua takpun tiga..mentang2 nasi lemak murah tak sedar lemak yang dah sebati bergayut kat kulit tu ekeke..

Gerai Wak nilah tempat kunjungan dikala darurat berhadapan dengan kedai runcit tempat membeli barang basah kami..nama gerai takde rasanya panggil Wak je..jual nasi lemak lauk sambal kerang, sotong,udang, rendang, ice blended, burger ngan roti john..sume menu diatas sedap2 belaka dan murah la berbanding KFC dan MCD..


Aksi2 Tasnim sementara menunggu Hubby menapau dan 
keriangannya mendapat aiskrim yang dipau setiapkali 
berkunjung ke situ..















Posted by Picasa

Friday 16 December 2011

KoLeksi "CraZy PriCe'' Fareeda


Koleksi Crazy Price Fareeda ni bermula pada hari ni
16/12 (Jumaat) tapi pagi2 lagi dah
diserbu orang ramai..dalam masa setengah hari je
hampir habis licin stok.nampaknya tukang jahit tudung
Fareeda paling sibuk ketika ni menambah stok2
tudung Fareeda permintaan yang sangat2 tinggi
untuk tudung eksklusif no 1 ni..
hebat betul penangan Tudung Fareeda..

Oops sebelum terlupa..nak mintak kawan2 yang belum LIKE pic Saya (pencarian Model tudung Fareeda ) sudi-sudikanlah LIKE pic Saya kat link ni ye..
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150499125809414&set=a.10150499124534414.428373.279846494413&type=3&permPage=1 

Terima kasih sangat2 pada yang sudi LIKE tu...:)

Mau tak crazy tengok
tudung2 cantik cenggini..















LIKE tau pada yang belum LIKE ahaks..



Posted by Picasa

Wednesday 14 December 2011

TaSniM nGan UpiN IpiN


Gambo ni diambil sehari selepas photoshut Fareeda aritu..
punyala lama terperap kat draf tu baru nak publish..:)

 Disebabkan Tasnim ni suka sangat tengok Upin Ipin
makanya dapat bergambo kat mural pun jadilah
bagi merealisasikan impiannya tu..

 Walaupun banyak lagi gambo tapi malas pulak nak upload
banyak2..sebabnya gambo omaknya lagi banyak dari
Tasnim..sepatutnya tajuk entry tu Mamatasnim
ngan Upin Ipin hehehe..:)















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...